Ayam Gepuk Pak Gembus


Peminat ayam penyet sambal pedas berapi, sila keluar dari sarang sekarang! Ayam penyet, air kordial, nasi dan sambal free flow! Apa lagi yang Malaysian nak?




Tadi lunch, aku teroka kepulauan Sunway Mentari, cari ayam penyet ni.
Level pedas pula, level 1 sampai 15. Aku macam biasa mintak level 15. Nak tunjuk terror kann.



Memang menjadi rutin untuk cari makanan yang best. Aku pernah dah cuba di cawangan Gombak. Worth trying mat saleh kata.

Ayam Gepuk Pak Gembus cara kedai macam ala-tradisional, dan ini ialah franchais dari Yogjakarta. Cawangan pertama ialah di Gombak. Di Gombak, kedai kecik, sempit, tapi viral, menunggu lah kau berjam-jam.


Di Sunway Mentari, kedai luas. Tapi tetap menunggu. Ha ha ha!








Konsep kedai dia masih menitik beratkan warna kuning. Jangan tanya aku kenapa. Aku pon tak tahu, dan meja lipat warna kuning, dan kerusi plastik stool.

Aku nampak seorang perempuan jatuh waktu duduk di kerusi tu. Apa-apa pon, safety first guys! Food comes second!

Nasib lah ayam dia sedap, jadinya, redha saja lah. Ayam yang dia guna ialah ayam dara. Nak tau ayam dara macam mana? Datang lah sini, kalau tak nak datang, google je. 

Konsep order di kedai ni tetap maintain.
Bila masuk je ke kawasan kedai, di pintu masuk kiri ada abang gesek.


Diorang menggesek sambal. Di pintu masuk sebelah kanan ada kaunter kecil, sila order dan bayar, lepastu bagi nama.Ada 4 menu harga dari RM8 ke RM13.

Sila pilih level kepedasan ikut ketebalan lidah masing-masing. Kalau datang dengan awek tu, jangan nak tunjuk hebat kat sini kalau belum pernah cuba

Kemudian boleh duduk, dan ambil air free flow, isap rokok, selfie. Tapi telinga sila pasang. Sebab orang kedai akan panggil nama peng-order.

"ERRA PAJIRAAA!!!!!!!!!!!!!!!
Bila nama di panggil je, sila bangun dan pergi ke arah abang penggesek sambal, nanti dia akan bagi ayam yang di order. Lepastu akan ada pekerja yang akan bagi nasi.

Kalau nasi tak cukup, boleh pergi tambah. Tempat letak nasi di sebelah kordial.

Ni review aku;
Personally aku suka set 4, yang mana kobis tu digoreng dengan minyak ayam. Kolestrol???? Alah korang ni.. sekali dua puluh empat kala je.
Ayam - ayam dara memang sedap, macam ayam kampung tapi tak liat, cuma size dia kecil lah.
Sambal - Sambal untuk level 15 memang pedas, tapi pedas dia, pedas cili semata, memang boleh berkaca mata den ni ha. Siapa suka kombinasi pedas berdengung campur manis, mungkin akan rasa kureng sikit kat sini.


Kalau nak pergi ke branch Sunway Mentari;

Alamat:
8-1 Blok F, Jalan PJS 8/6, Dataran Mentari, 46150, Petaling Jaya, Selangor
Buka setiap hari 11am-10pm
Tutup Jumaat


Comments